Sponsor

Friday 14 October 2016

#HARISUKANNEGARA2016





 Pada 8 Oktober 2016 , SMK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan Hari Sukan Negara selaras dengan kerajaan pada ketika itu turut mengadakan Hari Sukan Negara di Putrajaya. Hari Sukan Negara diadakan bagi menyedarkan masyarakat terutama golongan remaja , betapa pentingnya amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian . Pada hari kejadian sekolah telah mengadakan senam robik dan beberapa acara permainan seperti futsal dan bola jaring.





Semoga usaha sekolah dan kerajaan dalam melahirkan insan yang mengamalkan gaya hidup sihat akan tercapai . Semua lapisan masyarakat perlu mengetahui pentingnya amalan gaya hidup sihat seperti sukan dalam kehidupan seharian. Masyarakat perlu elakkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing atau seperti melepaskan batuk di tangga kerana segala usaha yang dilakukan oleh sesetengah pihak akan menjadi bagai hujan jatuh ke pasir..


0 comments:

Post a Comment

sejarah