Sponsor

  • MERENTAS DESA

    KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2017 DIADAKAN PADA BULAN JANUARI

  • SESI PENDAFTARAN TINGKATAN SATU

    PADA 31 DISEMBER 2016 SMKBSB MENGADAKAN SESI PENDAFTARAN TINGKATAN SATU TAHUN 2017

  • MAJLIS HITEA

    Pada 22 Oktober 2016 SMK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan majlis Hi Tea . Majlis tersebut disertai oleh pentadbir ,guru-guru, pembantu tenaga pengajar,kaunselor, kerani pejabat dan pembantu makmal.

Friday 27 January 2017

Merentas desa




Pada 20 Januari yang lalu , SMK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan acara merentas desa peringkat sekolah . Acara merentas desa bermula pada pukul 7:30 pagi sehingga 12:20 tengah hari . merentas desa bermula di perkarangan sekolah dan tamat di tepi padang sekolah . Pada tahun ini pelbagai pengisian telah dilakukan oleh pentadbir sekolah seperti acara cabutan bertuah bagi menarik minat guru dan murid - murid untuk bersama-sama memeriahkan acara merentas desa .
Pada tahun ini Johan rumah sukan bagi acara merentas desa ialah............SATRIA........... , manakala Naib Johan disandang oleh rumah WAJA .

















Monday 23 January 2017

SESI PENDAFTARAN T1

Pada 31 Disember yang lalu , SMK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan sesi pendaftaran sesi persekolahan bagi murid tingkatan satu......

Antara pengisian aktiviti ketika sesi pendaftaran
  • Pendaftaran pagi
  • Ujian Diagnostik
  • Pengambilan buku teks







Monday 31 October 2016

Majlis Hitea 2016



Pada 22 Oktober 2016 SMK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan majlis Hi Tea . Majlis tersebut disertai oleh pentadbir ,guru-guru, pembantu tenaga pengajar,kaunselor, kerani pejabat dan pembantu makmal.









Bukit Beroga


Pada 25 Oktober yang lalu pihak sekolah telah mengadakan lawatan memanjat Bukit Beroga sempena Program Pasca PT3. Aktiviti tersebut disertai lebih kurang 40 orang bersama dengan 4 orang guru pengiring.




Semoga aktiviti seperti ini menjadi aktiviti tahunan sekolah kerana aktiviti seperti ini akan menggalakkan murid-murid untuk melakukan aktiviti sihat dan bermanfaaat seterusnya boleh menggalakkan murid-murid daripada melakukan perkara yang boleh memudaratkan diri .


Friday 14 October 2016

Program bersama SHELL dan pihak Bomba



12 Oktober 2016 , SMK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan program bersama SHELL dan pihak Bomba . Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang apakah tindakan yang akan dilakukan oleh muri-murid sekiranya berada dalam situasi kecemasan seperti kebakaran dan kemalangan.



#HARISUKANNEGARA2016





 Pada 8 Oktober 2016 , SMK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan Hari Sukan Negara selaras dengan kerajaan pada ketika itu turut mengadakan Hari Sukan Negara di Putrajaya. Hari Sukan Negara diadakan bagi menyedarkan masyarakat terutama golongan remaja , betapa pentingnya amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian . Pada hari kejadian sekolah telah mengadakan senam robik dan beberapa acara permainan seperti futsal dan bola jaring.





Semoga usaha sekolah dan kerajaan dalam melahirkan insan yang mengamalkan gaya hidup sihat akan tercapai . Semua lapisan masyarakat perlu mengetahui pentingnya amalan gaya hidup sihat seperti sukan dalam kehidupan seharian. Masyarakat perlu elakkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing atau seperti melepaskan batuk di tangga kerana segala usaha yang dilakukan oleh sesetengah pihak akan menjadi bagai hujan jatuh ke pasir..


Friday 23 September 2016

Majlis Perpisahan Puan Ilmiah

  

Pada 9 September 2016 yang lalu , seluruh warga SMK Bandar Sungai Buaya sedih akan kehilangan guru yang paling dihormati iaitu , Pn. Ilmiah. Puan Ilmiah bakal berpindah ke SMK Taman Bunga Raya dan akan meneruskan baktinya sebagai seorang warga pendidik di sana .