Sponsor

  • MERENTAS DESA

    KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2017 DIADAKAN PADA BULAN JANUARI

  • SESI PENDAFTARAN TINGKATAN SATU

    PADA 31 DISEMBER 2016 SMKBSB MENGADAKAN SESI PENDAFTARAN TINGKATAN SATU TAHUN 2017

  • MAJLIS HITEA

    Pada 22 Oktober 2016 SMK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan majlis Hi Tea . Majlis tersebut disertai oleh pentadbir ,guru-guru, pembantu tenaga pengajar,kaunselor, kerani pejabat dan pembantu makmal.

Monday 31 October 2016

Majlis Hitea 2016



Pada 22 Oktober 2016 SMK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan majlis Hi Tea . Majlis tersebut disertai oleh pentadbir ,guru-guru, pembantu tenaga pengajar,kaunselor, kerani pejabat dan pembantu makmal.









Bukit Beroga


Pada 25 Oktober yang lalu pihak sekolah telah mengadakan lawatan memanjat Bukit Beroga sempena Program Pasca PT3. Aktiviti tersebut disertai lebih kurang 40 orang bersama dengan 4 orang guru pengiring.




Semoga aktiviti seperti ini menjadi aktiviti tahunan sekolah kerana aktiviti seperti ini akan menggalakkan murid-murid untuk melakukan aktiviti sihat dan bermanfaaat seterusnya boleh menggalakkan murid-murid daripada melakukan perkara yang boleh memudaratkan diri .


Friday 14 October 2016

Program bersama SHELL dan pihak Bomba



12 Oktober 2016 , SMK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan program bersama SHELL dan pihak Bomba . Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang apakah tindakan yang akan dilakukan oleh muri-murid sekiranya berada dalam situasi kecemasan seperti kebakaran dan kemalangan.



#HARISUKANNEGARA2016





 Pada 8 Oktober 2016 , SMK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan Hari Sukan Negara selaras dengan kerajaan pada ketika itu turut mengadakan Hari Sukan Negara di Putrajaya. Hari Sukan Negara diadakan bagi menyedarkan masyarakat terutama golongan remaja , betapa pentingnya amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian . Pada hari kejadian sekolah telah mengadakan senam robik dan beberapa acara permainan seperti futsal dan bola jaring.





Semoga usaha sekolah dan kerajaan dalam melahirkan insan yang mengamalkan gaya hidup sihat akan tercapai . Semua lapisan masyarakat perlu mengetahui pentingnya amalan gaya hidup sihat seperti sukan dalam kehidupan seharian. Masyarakat perlu elakkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing atau seperti melepaskan batuk di tangga kerana segala usaha yang dilakukan oleh sesetengah pihak akan menjadi bagai hujan jatuh ke pasir..


Friday 23 September 2016

Majlis Perpisahan Puan Ilmiah

  

Pada 9 September 2016 yang lalu , seluruh warga SMK Bandar Sungai Buaya sedih akan kehilangan guru yang paling dihormati iaitu , Pn. Ilmiah. Puan Ilmiah bakal berpindah ke SMK Taman Bunga Raya dan akan meneruskan baktinya sebagai seorang warga pendidik di sana .

Pemenang pertandingan bola jaring dan futsal

Minggu ini , pihak sekolah telah mengumumkan pemenang bagi pertandingan futsal dan bola jaring bersempena hari kemerdekaan

Larian merdeka

Pada 21 September 2016 , SMK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan larian merdeka bersempena  kemerdekaan Malaysia yang ke-59. Pada hari tersebut guru-guru dan murid- murid bersama-sama menyanyikan lagu yang berunsurkan sepanjang larian mengelilingi sekolah .




Friday 19 August 2016

1 PPKI 1 PRODUK

 Pada 15 Ogos yang lalu Pengetua SMK Bandar Sungai Buaya telah merasmikan minggu Pendidikan Khas dan pelancaran 1 PPKI 1 Produk


OME in SMKBSB

Pada 18 Ogos yang lalu pihak OH MY ENGLISH bersama dengan Astro telah membuat promosi OH MY ENGLISH After School di SMK Bandar Sungai Buaya. 




 Wakil OH MY ENGLISH di (bahagian kiri) , Puan Hajah Salmi ketua panitia
 Bahasa inggeris (bahagian tengah) dan Puan Noraaini pengetua SMK Bandar Sungai Buaya
Program ini berlangsung selama lebih kurang 30 miniti Buaya. Walaupun sekejap namun pelbagai pengisian yang telah dilakukan 

MERDEKA FIT

Pada 10 Ogos yang lalu pihak panitia Pendidikan Jasmani menganjurkan pertandingan futsal bagi lelaki dan bola jaring bagi perempuan bersempena bulan kemerdekaan .





Pelbagai program yang telah diaturkan oleh pihak sekolah bersempena bulan kemerdekaan yang ke 59 .Semoga usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dapat melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotik

Solat Perdana

Pada 19 Ogos 2016 yang lalu pihak panitia Agama Islam SMKBSB telah menganjurkan solat perdana . Program ini merupakan program yang wajib dilakukan sebulan sekali bermula pada tahun lepas .Antara pengisian program ini ialah bacaan yaasin , solat hajat, solat taubat dan solat dhuha.


Semoga warga SMKBandar Sungai Buaya terus meraih kecemerlangan pada masa akan datang

Saturday 13 August 2016

KAPA SELANGOR

Majlis Penghargaan Kontigen KAPA Negeri Selangor telah diadakan pada beberapa hari yang lepas berikutan telah mendapat tempat pertama keseluruhan Perkhemahan KAPA Peringkat Kebangsaan tahun 2016  . Admin berasa turut bangga berikutan terdapat guru daripada SMKBSB . 



KEMERDEKAAN 59

Pada 8 Ogos 2016 SMK Bandar Sungai Buaya  telah melancarkan bulan kemerdekaan yang ke 59 . Puan Maznah telah melancarkan bulan kemerdekaan pada hari tersebut . Pelbagai pengisisan aktiviti bulan kemerdekaan telah disusun . Antaranya ialah, kibarkan jalur gemilang dan pertandingan futsal (lelaki) , bola jaring (perempuan).

murid-murid bersama guru-guru penolong kanan menyayikan lagu patriotik

Wakil murid membuat persembahan

Guru-guru SMKBSB bersemangat menyanyikan lagu patriotik

Saturday 6 August 2016

Program Motivasi SPM siri 1




Pada 5 Ogos 2016 ,SMK Bandar Sungai Buaya telah menjalankan Program Motivasi SPM siri 1 . Pogram ini dijalankan di surau sekolah . Program ini bertujuan ingin membina semangat untuk pelajar tingkatan 5  agar  mereka yakin untuk menjawab soalan -soalan SPM. Semoga usaha-usaha pihak sekolah akan membuahkan hasil .

PROGRAM PSS DENGAN UNIVERSITI TUN HUSEIN ONN



Pada 5 Ogos 2016 Pusat Sumber Sekolah telah menjalankan kursus asas pengenalan PSS bersama dengan Universiti Tun Hussein Onn. Program ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 10 pagi.
Program ini dijalankan di Pusat Sumber Sekolah . Semua pengawas pusat sumber daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 melibatkan diri dalam program ini .

Wednesday 3 August 2016

Menuju Puncak 2016

SMK Bandar Sungai Buaya telah menjalankan program MENUJU PUNCAK bagi pelajar PT3 dan pelajar SPM tahun 2016. Program ini bertujuan ingin membantu pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan besar dan seterusnya meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Bandar Sg Buaya.

  

  



Progaram ini dijalankan dari 3 Oktober hingga peperiksaan sebenar PT3 dan SPM . Semoga program - program yang dijalankan seperti ini dapat membantu pelajar-pelajar untuk cemerlang dan seterusnya  SMK Bandar Sungai Buaya dapat melahirkan generasi yang berkualiti sesuai dengan hasrat pemimpin negara . 

Friday 29 July 2016

KASTEK 2016

Pada 27 Julai yang lalu, SMK Bandar Sungai Buaya telah menghantar empat buah pasukan untuk menyertai Karnival Sains Teknologi [KASTEK] yang bertempat di  SMK Kuala Kubu Bharu.
SMK Bandar Sungai Buaya telah berjaya memenangi Johan dalam pertandingan solar boat , naib johan solar cooking dan tempat ketiga solar car


  



Pertandingan - pertandingan seperti ini diharap dapat melahirkan murid-murid yang berpengetahuan Sains dan Teknologi sesuai dengan Alaf  ke-21. Semoga murid - murid SMK Bandar Sungai Buaya terus meraih kecemerlangan sama ada dari aspek kurikulum mahupun ko-kurikulum