Sponsor

  • MERENTAS DESA

    KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2017 DIADAKAN PADA BULAN JANUARI

  • SESI PENDAFTARAN TINGKATAN SATU

    PADA 31 DISEMBER 2016 SMKBSB MENGADAKAN SESI PENDAFTARAN TINGKATAN SATU TAHUN 2017

  • MAJLIS HITEA

    Pada 22 Oktober 2016 SMK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan majlis Hi Tea . Majlis tersebut disertai oleh pentadbir ,guru-guru, pembantu tenaga pengajar,kaunselor, kerani pejabat dan pembantu makmal.

Friday 19 August 2016

1 PPKI 1 PRODUK

 Pada 15 Ogos yang lalu Pengetua SMK Bandar Sungai Buaya telah merasmikan minggu Pendidikan Khas dan pelancaran 1 PPKI 1 Produk


OME in SMKBSB

Pada 18 Ogos yang lalu pihak OH MY ENGLISH bersama dengan Astro telah membuat promosi OH MY ENGLISH After School di SMK Bandar Sungai Buaya. 




 Wakil OH MY ENGLISH di (bahagian kiri) , Puan Hajah Salmi ketua panitia
 Bahasa inggeris (bahagian tengah) dan Puan Noraaini pengetua SMK Bandar Sungai Buaya
Program ini berlangsung selama lebih kurang 30 miniti Buaya. Walaupun sekejap namun pelbagai pengisian yang telah dilakukan 

MERDEKA FIT

Pada 10 Ogos yang lalu pihak panitia Pendidikan Jasmani menganjurkan pertandingan futsal bagi lelaki dan bola jaring bagi perempuan bersempena bulan kemerdekaan .





Pelbagai program yang telah diaturkan oleh pihak sekolah bersempena bulan kemerdekaan yang ke 59 .Semoga usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dapat melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotik

Solat Perdana

Pada 19 Ogos 2016 yang lalu pihak panitia Agama Islam SMKBSB telah menganjurkan solat perdana . Program ini merupakan program yang wajib dilakukan sebulan sekali bermula pada tahun lepas .Antara pengisian program ini ialah bacaan yaasin , solat hajat, solat taubat dan solat dhuha.


Semoga warga SMKBandar Sungai Buaya terus meraih kecemerlangan pada masa akan datang

Saturday 13 August 2016

KAPA SELANGOR

Majlis Penghargaan Kontigen KAPA Negeri Selangor telah diadakan pada beberapa hari yang lepas berikutan telah mendapat tempat pertama keseluruhan Perkhemahan KAPA Peringkat Kebangsaan tahun 2016  . Admin berasa turut bangga berikutan terdapat guru daripada SMKBSB . 



KEMERDEKAAN 59

Pada 8 Ogos 2016 SMK Bandar Sungai Buaya  telah melancarkan bulan kemerdekaan yang ke 59 . Puan Maznah telah melancarkan bulan kemerdekaan pada hari tersebut . Pelbagai pengisisan aktiviti bulan kemerdekaan telah disusun . Antaranya ialah, kibarkan jalur gemilang dan pertandingan futsal (lelaki) , bola jaring (perempuan).

murid-murid bersama guru-guru penolong kanan menyayikan lagu patriotik

Wakil murid membuat persembahan

Guru-guru SMKBSB bersemangat menyanyikan lagu patriotik

Saturday 6 August 2016

Program Motivasi SPM siri 1




Pada 5 Ogos 2016 ,SMK Bandar Sungai Buaya telah menjalankan Program Motivasi SPM siri 1 . Pogram ini dijalankan di surau sekolah . Program ini bertujuan ingin membina semangat untuk pelajar tingkatan 5  agar  mereka yakin untuk menjawab soalan -soalan SPM. Semoga usaha-usaha pihak sekolah akan membuahkan hasil .

PROGRAM PSS DENGAN UNIVERSITI TUN HUSEIN ONN



Pada 5 Ogos 2016 Pusat Sumber Sekolah telah menjalankan kursus asas pengenalan PSS bersama dengan Universiti Tun Hussein Onn. Program ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 10 pagi.
Program ini dijalankan di Pusat Sumber Sekolah . Semua pengawas pusat sumber daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 melibatkan diri dalam program ini .

Wednesday 3 August 2016

Menuju Puncak 2016

SMK Bandar Sungai Buaya telah menjalankan program MENUJU PUNCAK bagi pelajar PT3 dan pelajar SPM tahun 2016. Program ini bertujuan ingin membantu pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan besar dan seterusnya meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Bandar Sg Buaya.

  

  



Progaram ini dijalankan dari 3 Oktober hingga peperiksaan sebenar PT3 dan SPM . Semoga program - program yang dijalankan seperti ini dapat membantu pelajar-pelajar untuk cemerlang dan seterusnya  SMK Bandar Sungai Buaya dapat melahirkan generasi yang berkualiti sesuai dengan hasrat pemimpin negara .