Pada 20 Januari yang lalu , SMK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan acara merentas desa peringkat sekolah . Acara merentas desa bermula pada pukul 7:30 pagi sehingga 12:20 tengah hari . merentas desa bermula di perkarangan sekolah dan tamat di tepi padang sekolah . Pada tahun ini pelbagai pengisian telah dilakukan oleh pentadbir sekolah seperti acara cabutan bertuah bagi menarik minat guru dan murid - murid untuk bersama-sama memeriahkan acara merentas desa .
Pada tahun ini Johan rumah sukan bagi acara merentas desa ialah............SATRIA........... , manakala Naib Johan disandang oleh rumah WAJA .